BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Sabtu, 9 Jun 2012


Firman Allah S.w.t yang bermaksud ;”Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya,  sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati semuanya itu akan diminta pertanggung-jawabnya.”  (Surat Al-Israa’ : Ayat 36)



Imam Al-Ghazali pernah berkata " Cara hidup kita di dunia adalah bayangan cara kehidupan kita di Akhirat nanti ".

Selasa, 7 Februari 2012

ABU USMAN AL-HIRI

          ABU Usman Said bin Ismail Al-Hiri An-Nisabur seorang sufi berasal dari Ray tapi pindah ke Nisabur dan meniggal dunia di kota itu pada tahun 298Hijrah/911 Masihi.Berkenalan dan belajar dgn Yahya bin Muaz,Syah bin Suja' Al-Kirmani dan Abu Hafsin Al-Haddad.Pada mulanya dia termasuk anak org berada sehingga kalau pergi kemana2 selalu dikawal oleh beberapa orang hamba.. 
  • TIDAK PERNAH MARAH

       Abu Usman Al-Hiri terkenal sebagai orang yg sgt kuat mengawal dirinya, tidak pernah sakit hati,benci,iri hati atau marah pada sesiapa pan.Bahkan dia mengaku selama 40 tahun tidak pernah marah.Ada seorang lelaki tidak percaya pada cerita yg kononnya Abu Usman Al-Hiri tidak pernah marah  walau dlm keadaan bagaimana pun.Dia ingin membuktikan kebenaran cerita itu,maka diundangnya Abu Usman pergi ke rumahnya untuk suatu jamun makan..
       
      Pada hari yg telah ditetapkan, Abu Usman berangkat ke rumah org yg mengundangnya,
tp kedatangannya disambut dgn marah dan tengkingan.

"Untuk apa engkau dtg ke sini?Di sini tidak ada makanan untuk engkau.Baliklah!."tengking org yg mengundang.

     Abu Usman pun balik dgn tidak merasa marah atau terhina.Baru saja berjalan beberapa langkah,dia telah dipanggil lagi oleh lelaki itu."wahai shiekh kesinilah."

     Abu Usman berpatah balik dan kembali lagi ke rumah lelaki yg memanggilnya,tapi ketika hampir masuk,dia dihalau lagi dgn kasar.

"Hai org rakus,di dini tidak ada undangan untuk engkau.baliklah!."kata lelaki yg mengundang.
Abu Usman pun berundur dgn tenang,sedikit pun tidak kelihatan merasa kecewa atau mengeluh.Kelihatan seperti tidak ada apa2 yg terjadi pada dirinya.Setelah beberapa meter dia berjalan,lelaki itu memanggilnya lagi...

"Wahai Abu Usman.kesinilah,aku mengundang engkau."kata lelaki itu..
Abu Usman pun kembali lg,tapi dihalau lg.Demikianlah sehingga lebih kurang 30 kali Abu Usman dipanggil dan dihalau sebelum sempat makan jamuan.Walau pun demikian dia tidak marah,tidak merungut,bahkan kelihatan gembira seperti biasa.

Akhirnya lelaki yg memperli dan menguji Abu Usman menyerah kalah dan berlutut di hadapannya.Dia mengakui betapa Abu Usman mmg benar2 tidak pernah marah dlm keadaan bagaimana pun.Dengan air mata yg mengalir membasahi pipinya,lelaki iti memohon maaf kpda Abu Usman dan memujinya.

       "Tuan mmg benar2 org yg penyabar dan teguh."kata lelaki itu."Tiga puluh kali aku memanggil dan menghalau tuan,namun tuan sedikit pun tidak marah.""Perkara ini adalah terlalu mudah,anjing pun dpt melakukannya.Jika ia dipanggail dtg dan jika ia dihalau ,ia pun pergi tanpa merungut.Suatu perkara yg dpt dilakukan oleh anjing,sudah tentu tidak ada ertinya langsung."kata Abu Usman...


duhai hati,renungkanlah...

Selasa, 6 Disember 2011

MUHAMMAD AL-BAQIR

Nama lengkapnya adalah Muhammad bin Ali husain bin 
Ali bin Abi Talib dan terkenal dengan muhammad Al-Baqir.
Ulama keturunan Rasulullah s.a.w. ini lahir pada tahun 57 hijrah
di Madinah dan wafat pada tahun 117 hijrah.Muhammad Al-Baqir
adalah seorang yg sangat alim,soleh dan taqwa.Diceritakan bahawa
jika dia bersujud dalam solat,air matanya mengalir dgn derasnya kerana
menangis sehingga tempat sujudnya basah.

  • Orang buta melihat semula 
     Abu Basir adalah seorang buta yg hidup di zaman Muhammad al-Baqir.
Akan tetapi dia sangat pandai dalam soal-soal agama dan sentiasa beribadah
kepada Allah.Dia tahu juga bahawa para ulama itu adalah pewaris Nabi Allah,
sedang para Nabi boleh menyembuhkan berbagai penyakit termasuk buta.
Muhammad Al-Baqir bukan sahaja pewaris Nabi,bahkan dia adalah masih keturunan
Nabi Muhammad s.a.w. penghulu segala Nabi.
     Pada suatu hari Abu Basir telah pergi kepada Muhammad Al-Baqir untuk
menyatakan mksdnya."bukankah engkau ini sebagai pewaris Rasulullah s.a.w?"
tanya Abu Basir.

    "Ya ,betul"jawab Muhammad Al-Baqir.
"Adapun Rasulullah s.a.w adalah pewaris semua Nabi."kata Abu Basir lagi.

"Rasulullah s.a.w adalah pewaris semua ilmu para Nabi."kata Muhammad Al-Baqir.
"Jadi kalau demikian,engkau adalah pewaris ilmu-ilmu Rasulullah s.a.w?"

     "Ya,benar."hawab Al-Baqir.

     "Kalau begitu engkau dapat menghidupkan orang mati,menyembuhkan penyakit buta,
menyembuhkan penyakit sopak,dapat menerangkan pada manusia tentang apa2 yg mereka
 makan dan apa2 yg ada dlm di dalam rumahnya."
Muhammad Al-Baqir menyedari bahawa Abu Basir menanyakan perkara itu 
seolah2 ingin mengadukan tentang dirinya yg buta.

     "InsyaAllah aku boleh berbuatnya dengan izin Allah."kata Al-Baqir..
"Sila berdekatan dgnku wahai Abu Basir!"

     Abu Basir pun mendekatkan dirinya kepada Abu Baqir.Lalu 
beliau menyapu muka Abu Basir dengan tangannya,maka ketika itu juga Abu Basir
dapat melihat langit,bumi dan lain-lain ciptaan Allah.Terasalah olehnya 
betapa besarnya nikmat Allah yg diberikan kepada hambanya melalui mata.

     "Apakah engkau suka dgn keadaan dapat melihat wahai Abu Basir?
maka cukuplah nikmat Allah yg demikian itu?atau engkau ingin tetap buta,
tapi engkau akan mendapatkan syurga?"tanya Al-Baqir.

     "Sudah tentu aku ingin syurga."jawab Abu Basir.
Maka Al-Baqir mengusap wajah Abu Basir lagi,dan dia pun kembali buta
lagi.Itulah pilihan Abu Basir yg mata hatinya sudah dapat melihat syurga...

Khamis, 1 Disember 2011

binnabil huda ~







selamat menghayati ~.. :-)

kenapa lelaki hebat ? ?



lelaki hebat.....knpa????
*di akhirat nanti lelaki akan bertggungjwb ke atas empat golongan iaitu ibu,adik perempuan, anak perempuan, dan isteri
*syurga bgi seorang isteri berada di bawah telapak kaki suami

peremepuan untung kerana:
*ketika mengandung seluruh makhluk di langit dan di bumi mendoakan kesejahteraan si perempuan tersebut. Jika meninggal ketika melahirkan anak..ganjarannya mati syahid

lelaki cekal kerana:
* tggungjwb suami kepada ibu dn bapa masih perlu dilaksanakan walaupun sudah b'keluarga
*tanggngjawab isteri hanyalah pada suami setalah selesai akad nikah dilafazkan oleh suami

perempuan senang kerana
*dosa mereka ditanggung oleh suami dn suami akan diberi hukuman daripada allah jika membiarkan isteri mereka berada dlm keadaan berbuat dosa dan maksiat 

kesimpulannya:
lelaki lebih hebat kerana diberi taklif oleh allah lebih banyak dn lebih berat dilaksnakan darpada orang perempuan. minta maaflah kepada kaum hawa. bukan nak perli, tetapi sebagai renungan kita bersama
...........................................................r
enung2kan & selamat beramal