Nama lengkapnya adalah Muhammad bin Ali husain bin Ali bin Abi Talib dan terkenal dengan muhammad Al-Baqir.Ulama keturunan Rasulullah s.a.w. ini lahir pada tahun 57 hijrahdi Madinah dan wafat pada tahun 117 hijrah.Muhammad Al-Baqiradalah seorang yg sangat alim,soleh dan taqwa.Diceritakan bahawajika dia bersujud dalam solat,air matanya mengalir dgn derasnya keranamenangis sehingga tempat sujudnya basah.
- Orang buta melihat semula
Abu Basir adalah seorang buta yg hidup di zaman Muhammad al-Baqir.
Akan tetapi dia sangat pandai dalam soal-soal agama dan sentiasa beribadahkepada Allah.Dia tahu juga bahawa para ulama itu adalah pewaris Nabi Allah,sedang para Nabi boleh menyembuhkan berbagai penyakit termasuk buta.Muhammad Al-Baqir bukan sahaja pewaris Nabi,bahkan dia adalah masih keturunanNabi Muhammad s.a.w. penghulu segala Nabi. Pada suatu hari Abu Basir telah pergi kepada Muhammad Al-Baqir untukmenyatakan mksdnya."bukankah engkau ini sebagai pewaris Rasulullah s.a.w?"tanya Abu Basir.
"Ya ,betul"jawab Muhammad Al-Baqir."Adapun Rasulullah s.a.w adalah pewaris semua Nabi."kata Abu Basir lagi.
"Rasulullah s.a.w adalah pewaris semua ilmu para Nabi."kata Muhammad Al-Baqir."Jadi kalau demikian,engkau adalah pewaris ilmu-ilmu Rasulullah s.a.w?"
"Ya,benar."hawab Al-Baqir.
"Kalau begitu engkau dapat menghidupkan orang mati,menyembuhkan penyakit buta,menyembuhkan penyakit sopak,dapat menerangkan pada manusia tentang apa2 yg mereka makan dan apa2 yg ada dlm di dalam rumahnya."Muhammad Al-Baqir menyedari bahawa Abu Basir menanyakan perkara itu seolah2 ingin mengadukan tentang dirinya yg buta.
"InsyaAllah aku boleh berbuatnya dengan izin Allah."kata Al-Baqir.."Sila berdekatan dgnku wahai Abu Basir!"
Abu Basir pun mendekatkan dirinya kepada Abu Baqir.Lalu beliau menyapu muka Abu Basir dengan tangannya,maka ketika itu juga Abu Basirdapat melihat langit,bumi dan lain-lain ciptaan Allah.Terasalah olehnya betapa besarnya nikmat Allah yg diberikan kepada hambanya melalui mata.
"Apakah engkau suka dgn keadaan dapat melihat wahai Abu Basir?maka cukuplah nikmat Allah yg demikian itu?atau engkau ingin tetap buta,tapi engkau akan mendapatkan syurga?"tanya Al-Baqir.
"Sudah tentu aku ingin syurga."jawab Abu Basir.Maka Al-Baqir mengusap wajah Abu Basir lagi,dan dia pun kembali butalagi.Itulah pilihan Abu Basir yg mata hatinya sudah dapat melihat syurga...
0 ulasan:
Catat Ulasan